Jumaat, 26 November 2010

ISIPADU CECAIR

Pengenalan

Dalam tajuk ini , pelajar akan diajar dengan cara untuk menyukat sesuatu  cecair sebagai contoh air, minyak dan sebagainya. Megukur dan menyukat adalah satu proses yang mana satu nombor untuk menunjukkan kedudukan asal objek yang hendak disukat atau peristiwa.

Dibawah ini disertakan dengan video yang berkaitan dengan tajuk isipadu cecair ini.   



SATU VIDEO DARI INTERNET






Bahan - bahan yang digunakan untuk memudahkan para pelajar faham tentang tajuk ini.
Kebiasaannya proses menyukat sesuatu cecair menggunakan bahan - bahan seperti di bawah bikar , silinder, mangkuk penyukat dan cawan penyukat.


                                                                          BIKAR


                                                                            SILINDER


                                                CAWAN PENYUKAT BERELEKTRIK






                                                                      PICAGARI



                                                                    MANGKUK PENYUKAT


Dua aktiviti yang dicadangkan untuk memudahkan para pelajar memahami tentang tajuk ini.

Aktiviti untuk Pelajar Yang Cerdas

MEDIA : Bikar Penyukat
               Span
              Besen  berisi air
             Lembaran Kerja 
AKTIVITI : 
1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2 .Setiap ahli kumpulan perlu mengisi 2 ℓ air ke dalam bikar penyukat dengan menggunakan span yang disediakan.
3. Pelajar perlu berjalan dari besen ke bikar penyukat dalam jarak 5 meter.
4. Ahli kumpulan bergilir-gilir untuk mengisi air ke dalam bikar penyukat dan ahli yang sudah selesai berjalan diminta duduk ditempat tadi
5. Kumpulan yang paling berdisiplin akan diberi markah tambahan.
6. Pelajar diberikan dengan lembaran kerja bagi aktiviti ini.

Nama :
Kelas:

isi tempat kosong dengan anggaran isipadu dan isipadu yang sebenar berdasarkan gambar yang diberi.




Aktiviti untuk Pelajar  Yang Lemah : 
MEDIA :Botol air mineral (kecil) berisi cecair berwarna (merah dan hijau) dan satu botol
              dibiarkan kosong
              Bekas
              Kad Perkataan
              Radio dan kaset
             Lembaran Kerja 
AKTIVITI : 1.Murid diberikan penerangan oleh guru  tentang botol yang KOSONG, PENUH dan
                      SEPARUH PENUH
                   
PERMAINAN : 
2. Guru meletakkan 3 bekas bersebelahan. Di dalam bekas diletakkan kad perkataan yang tertulis perkataan KOSONG,  PENUH dan SEPARUH PENUH. 
3. Pelajar diminta duduk dalam bulatan untuk mengelilingi bekas itu tadi.
4. 3 orang pelajar diberikan botol yang berisi cecair PENUH, SEPARUH,PENUH dan botol KOSONG.
5. Guru memainkan muzik dan pelajar yang memegang botol tersebut diminta bergerak  seperti  kura-kura mengikut alunan muzik untuk meletakkan botol di tempat bekas yang   betul.
6. Pelajar  yang meletakkan botol di gelung rotan yang betul akan diberi ganjaran.
7. Langkah 4 – 6 diulangi dengan murid yang lain.
8. Pelajar diberikan dengan lembaran kerja bagi mengakhiri aktiviti ini.Dengan menggunakan pergerakna yang perlahan seperti kura-kura, murid dapat membaca dan mengenal pasti kad perkataan yang sepadan dengan isipadu cecair.